TEMPAT MENARIK DI PERAK YANG RAMAI TIDAK TAHU KEWUJUDANNYA
1.SANTUARI KUALA GULA
Penggemar burung bolehlah berkunjung ke KUala Gula, iaitu sebuah perkampungan nelayan yang terletak kira-kira 50KM dari barat laut Bandar Taiping. Setiap tahun bermula bulan Ogos hingga April, beribu burung air dari pelbagai spesis akan singgah di Kampung Kuala Gula yang menjadi laluan migrasi mereka.
Hutan paya bakau di kampung ini dijadikan kawasan persinggahan, tempat berehat dan bersarang. Antara spesis ini sukar di jumpai seperti Burung Botak Kecil, Burung Bangau China, dan Burung Kedidi Kaki Hijau.
2.HUTAN LIPUR LATA TEBING TINGGI
Bagi yang ingin berkelah dan menyegarkan badan boleh singgah ke sini. Terletak di Selama Perak, persekitarannya sangat redup lantaran di kelilingi oleh pokok-pokok besar.
Pilih sahaja spot yang anda inginkan kerana kawasannya sangat luas. Bagi yang sukakan cabaran, anda boleh menerokai kawasan yang lebih tinggi sambil melihat keindahan air terjun, flora dan juga fauna yang masih lagi terpelihara di kawasan air terjun ini.
3.HUTAN SIMPAN BELUM
Jika anda sukakan aktiviti yang lasak serta mencabar, inilah tempatnya! Hutan simpan ini sesuai untuk aktiviti jungle trekking, hiking, berakit, speed-boating dan jika mendaki kawasan tinggi, pengunjung berpeluang melihat bunga terbesar di dunia iaitu Refflesia.
Disini juga pengunjung boleh menemui serangga hutan yang pelik dan menarik selain melawat Perkampungan Orang Asli. Harus diingatkan supaya mendapatkan permit untuk sebarang aktiviti hutan sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh percutian.
4.TAMAN HERBA
Bagi mereka yang ingin mendapatkan tanaman herba segar sama ada untuk tujuan kesihatan, aromaterapi atau perubatan disarankan ke Kampung Payang, Batu Gajah.
Terdapat lebih 500 spesis herba di tanam disini seperti daun sekentut, rempah padang, kacip fatimah, hempedu bumi, kucing galak dan macam-macam lagi. Banyak kemudahan prasarana turut disediakan antaranya dewan dan tapak perkhemahan. Ada juga yang menjadikan tasik ditaman ini sebagai port untuk memancing.
5.KAMPUNG BIDARA DAN KAMPUNG GAJAH
Bagi yang ingin membeli cenderamata seperti labu sayung, boleh singgah Kampung Bidara atau Kampung Gajah. Terdapat pelbagai pilihan warna dan saiz bergantung kepada cita rasa masing-masing.
(sumber kredit:siraplimau.com)