DEWAN SEMAI BAKTI FELDA TROLKA SELATAN
Dewan Semai Bakti siap di bina pada Ogos 2012 dan dirasmikan oleh Dato’ Mohd Khusairi bin Abdul Talib, Adun Slim River. Pembinaan dewan ini dapat memenuhi keperluan asas penduduk Felda Trolak Selatan. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan di Dewan yang antara majlis perkahwinan, sambutan Hari raya, kcarnival, ceramah dan sebaginya. Pada waktu malam, dewan dimanfatkan dengan aktiviti sukan babminton dan senam erobik oleh generasi kedua Felda.
DEWAN ORANG RAMAI JKKR
Dewan Orang Ramai JKKR atau lebih dikenali sebagai dewan JKKR oleh komuniti tempatan merupakan pilihan kedua penduduk atau agensi luar untuk mengadakan aktiviti berkapasiti kecil. Dewan ini dibina pada 1981 dan diselenggara oleh JKKR. Selain itu, dewan ini dijadikan tempat bermesyuarat oleh organisasi seperti JKKR, GPW dan MBFM.
MINI POS MALAYSIA
Kedudukan Felda Trolak Selatan yang agak pendalaman menjadikan Mini Pos Malaysia sangat penting kepada komuniti untuk mendapatkan perkhidmatan mengepos surat, membayar bil utiliti dan sebagainya.